FBI anjur Persidangan Antarabangsa 'International Conference on Ummah 2022' - ICU2022

Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan (FBI) menganjurkan Persidangan Antarabangsa Ummah (ICU 2022) yang berjaya mengumpulkan lebih 155 penyertaan dari dalam dan luar negara. Persidangan dua hari yang bermula pada 4 hingga 5 Disember 2022 antara lain berkongsi pendapat melalui 102 pembentang secara maya, 47 pembentang secara fizikal, empat peserta secara maya dan dua peserta secara fizikal. Persidangan bertemakan “Strengthening Humanity Values in Ummah Civilization of Digital Era” ini turut mendapat kerjasama dari Universitas Nahdlatul Ulama Surabaya (UNUSA), Princess of Naradhiwas University (PNU) Thailand, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), and Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM).

Menurut Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ Dr. Razli Che Razak, persidangan ICU 2022 adalah platform terbaik buat ahli akademik, pelajar siswazah dan juga masyarakat untuk berwacana tentang isu-isu kelangsungan ummah berdasarkan tema-tema yang ditetapkan. Beliau menyifatkan, ini adalah insiatif yang sangat baik dan bertepatan dengan kerjasama antara FBI dan Persatuan Intelektual Muslim Malaysia (PIMM) dalam menanggani isu berkaitan nilai kemanusiaan, ketamadunan ummah dan era digital yang menjadi tema utama persidangan kali ini.

“Bagi menjayakan sesuatu negara bangsa yang bertamadun tinggi ia memerlukan modal insan yang mempunyai tahap intelektual yang optimum dan berdaya saing.

“InshaAllah, persidangan ICU 2022 yang bermula hari ini sehingga esok bermanfaat dalam membudayakan wacana ilmu pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Persidangan ini juga mampu menjadi titik tolak kepada koloborasi dan hubungan strategik dalam aspek penyelidikan antara ahli akademik dalam dan luar negara,” katanya pada perasmian ICU 2022 di Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK Bachok, Kelantan, pada 4 Disember 2022.

Persidangan hari ini dimulakan dengan lima sesi ucap tama yang akan disampaikan oleh Profesor dari FBI, Prof. Dr. Wan Ahmad Amir Zal Bin Wan Ismail, UMK, Drs. Ec. Ahmad Cholis Hamzah (UNUSA), Dr. Lutfan bin Jaes, Dekan, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, UTHM, Dr. Hassan Dao dari Fakulti Kejuruteraan, PNU dan Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi), Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Zaharah binti Hussin. Turut terlibat, empat pembentang jemputan iaitu Profesor Madya Dr. Noornajihan binti Jaafar, Dekan, Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Profesor Madya Ts. Dr. Janudin bin Sardi, wakil dari Fakulti Kejururawatan dan Perbidanan, UNUSA, Dr. Wardah Alkatiri d’aria dan Dekan, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, UTHM, Dr. Halimi binti Mohd Khalid.